Bokashi2u

Sila nikmati Gambar semasa promosi di Kota Gelanggi 1

Pameran di MAHA Kuantan:
Event-Ktn4mod
Even-Ktn-5-mod
Event-ktn3-Mod
Event-Ktn2-mod-1024x647
Event-Ktn1mod
Even-Ktn6-Mod
Event-Ktn-mod
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.

Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar?

UNTUK KESIHATAN

Selepas Perang Dunia Ke 2 tamat pada 1945 berlaku krisis kekurangan makanan akibat kemusnahan sehingga diadakan gerakan “Revolusi Hijau” untuk mengatasinya. Mulai saat inilah petani menggunakan baja sintetik yang mengandungi Natrait untuk tanaman sayuran dan buah-buahan mereka. Sememangnya apa jua jenis tanaman memerlukan Nitrogen sebagai nutriennya untuk hidup. Nitrogen yang terdedah lama di udara akan bertukar kepada Natrait

Selama 40 tahun (1945 – 1985) mereka memakan sayuran dan buah-buahan yang mengandungi bahan tersebut dan dalam tempoh inilah ramai penduduk Eropah mengidap berbagai jenis penyakit kronik yang tidak ujud sebelumnya seperti sakit buah pinggang dan lain-lain lagi (Nitrait yang ditabur akan berpindah ke dalam tanaman dan berpindah ke tubuh manusia apabila tanaman tersebut dimakan. Nitrait tidak hadam dan terkumpul dalam tubuh hingga menganggu system badan dan akhirnya menjadi penyakit}.

Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.

Anda bagaimana pula?

UNTUK ALAM SEKITAR

Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar? Kalau dapat pun tidaklah banyak sebagaimana dulu.

Ini adalah bukti jelas yang dapat dilihat oleh mata kita bahawa hidupan mikro telah lari menjauhkan diri dari tanah yang sudah mulai tercemar. Selain dari cacing lapisan tanah ini terdapat akar pokok, bakteria, fungi, protozoa, algea, mites, nematodes, ants, maggots, insects, grubs dan yang lain turut menjauhkan diri.

Cacing tanah pernah diistilahkan sebagai Jurutera Tanah. Sungguh pun badannya tidak bertulang, lembut dan lembik tetapi kekuatannya sungguh memerancatkan kita. Dari dalam tanah ia mengorek terowong memanjat ke atas tanah dan membawa daun kering masuk kembali. Terowong ini menjadi saluran untuk udara masuk ke dalam tanah. 

Ribuan cacing yang melakukan pergerakan sebegini akirnya tanah menjadi lembut dan memudahkan pergerakan akar tanaman menjalar. Seekor cacing mampu menolak tanah 40 kali ganda dari berat tubuhnya dan 50 ekor cacing pula mampu menolak 1MT tanah. Jurutera Tanah anda melakukan tugas siang dan malam secara senyap tanpa anda ketahui.

Perkara yang amat dibenci oleh cacing apabila persekitarannya bertukar menjadi berasid, mereka akan jauh melarikan diri dan tinggallah tanah anda tanpa Jutera Tanah yang setia. Mulai saat ini tanah anda akan menjadi keras, tiada udara dan akhirnya gersang, alam sekitar telah tercemar. Tanaman anda mula merosot kesihatannya dan hasil pun mulai terjejas.

Hindarilah dari terus menggunakan baja sintetik yang tinggi asidnya dan merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

NUTRIEN

Tanaman anda tidak akan hidup subur dan sihat kalau hanya bergantung kepada baja sintetik atau disebut sebagai baja kimia atau juga baja NPK. Walau bagaimana pun diakui nutrien utama yang diperlukan ialah Nitrogen ( N ), Phosphorus ( P ) dan Potassium ( K ).

Selain nuterien tersebut terdapat banyak lagi yang diperlukan. Ketiadaan atau kekurangan nutrien akan dapat dilihat pada fizikal tanaman anda.

NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH TUMBUHAN

Di bawah adalah senarai nutrien asas yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup subur. Sila klik untuk melihat kesan negatif kepada tumbuhan jika nutrin berkenaan tidak mencukupi untuk tumbuhan tersebut.

Daun yang muda kecil, klorotik dan mudah gugur. Pucuk mudah patah, pertumbuhan tidak sempurna & mudah layu. Daun berwarna kuning. Pembungaan & pengeluaran buah akan terhad

Daun berwarna perang pucat keungguan/ hijau pekat dan kecil. Di peringkat teruk, tompok nekrotik kelihatan di tepi, hujung dan lai daun.

Buah kecil, daun muda kecil, lai daun tebal & hujung daun bergulung. Daun perang kekuningan dgn tompok nekrotik. Daun gugur dan pucuk mula mati. Kulit buah jadi tebal. Keluar getah dari daun, pucuk & batang.

Klorotik mula di tepi daun dan ke kawasan urat daun. Kemudiannya akan jadi nekrotik. Daun gugur dengan banyaknya. Akhirnya dahan akan mati.

Klorotik di antara urat daun di sepanjang tulang daun. Bila kekurangan berlarutan keseluruhan daun menjadi klorotik melainkan sebahagian kecil dekat tangkai kelihatan hijau dan berbentuk “V” terbalik. Jika kekurangan teruk, daunnya gugur.

Klorotik antara urat2 daun pada daun muda. Dalam keadaan teruk, seluruh daun berwarna kuning keputihan dan akan kelihatan tompok2 nekrotik. Daun di hujung dahan gugur, akhirnya dahan mati.

Pertumbuhan pucuk terhenti dan mati pada keadaan teruk. Pertumbuhan daun muda terbantut dan menyebabkan ianya berputar. Daun muda berkedut, berkereput, bengkak spt cangkuk, tebal & rapuh

Daun kecil, tirus & tegak. Klorotik di antara urat daun. Dahan2 kurus, beruas-ruas pendek dan mati sebelum matang

Terjadi klorotik di bahagian antara urat daun, mulai dari hujung yang kemudiannya. Mula2 terjadi pada daun tua dan seterus merebak ke daun muda. Pokok terbantut, pemecahan anak seperti biasa. Daun muda menjadi pendek kecil dan berwarna hijau pucat

Terdapat tompok2 kuning yang berbeza ukuran dan taburannya. Tompok2 gam yang berwarna kemerahan di permukaan bawah daun

Daun muda/atas layu. Terdapat tanda nekrotik di tepian hujung daun pada keadaan teruk.

Berikut adalah bandingan kandungan nutrien pada beberapa jenis baja;

BAJA SINTETIKBAJA UREABOKASHI
Nitrogen (N)Nitrogen (N)Nitrogen (N)
Phosporus (P)Phosporus (P)
Potassium (K)Potassium (K)
Magnesium (Mg)
Calcium (Ca)
Boron (B)
Iron (Fe)
Manganese (Mn)
Sodium (Na)
Molybdenum

KEHADIRAN MIKROB

Dari tiga jenis baja di atas cuma baja organik Bokashi mengandungi mikrob yang sangat-sangat penting dan berfaedah kepada tanaman. Berikut adalah nama mikrob yang terdapat dalam baja organik kami ;

Lactobacillus spp Bacteria      3.2 X 106 CFU/ml

Yeast Count                             2.5 X 105 CFU/ml

Nitrogen Fixing Bacteria         1.0 X 106 CFU/ml

Berikut adalah foto mikrob yang dibesarkan  dan kepentingannya kepada tanaman:

Microb1
MIcrob2
Microb3
Microb4
Microb5
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

Apabila cacing membuat terowong, udara akan masuk dan bakteria rhizobium akan mengikat Nitrogen yang terdapat dalam udara tersebut. Manakala bakteria bacillus akan mengeluarkan Nitrogen dari system pernafasan mereka. Selain kandungan Nitrogen dalam baja organik, mikrob juga membantu menghasilkannya. Semakin banyak dan kekal mikrob tersebut di sekeliling tanaman anda semakin sihatlah tanaman tersebut.

Kehadiran cacing tanah meninggalkan kotoran serupa tanah dan kotoran ini banyak mengandungi nutrien dan 40 jenis protin yang diperlukan oleh tanaman dan mengandungi zat yang disukai oleh mikrob-mikrob. Asid Laktik Bakteria amat penting, bakteria ini pula mengeluarkan asid laktik yang sangat diperlukan sebagai antibody pokok dari serangan penyakit dan sebagai penggalak pertumbuhan dan hasil tanaman.

Mikrob ini juga akan lari meninggalkan sekitar tanaman anda sekiranya anda terus menggunakan baja sintetik yang berasid. Cubalah gali sekitar tanaman anda dan berapa banyak cacing yang anda jumpa? Mudahkan melihat cacing dan mikrob datang atau pergi.

FAKTOR EKONOMI

Baja sintetik dan urea adalah produk petrokimia, apabila harga minyak naik produk-produk hilirannya akan turut terikut. Berapa kalikah setahun minyak ini turun harga? Hampir mustahil jawapannya, manakala baja organik pula dihasilkan dari bahan buangan ternakan dan tumbuhan kosnya murah sekali.

KESIMPULANNYA

Berdasarkan beberapa faktor yang patut anda timbangkan seperti kesihatan dan keselamatan pengguna, faktor alam sekitar, mikrob, nutrien dan faktor ekonomi, anda buatlah keputusan yang bijak. Saya hanya dapat membantu menjelaskan kepada anda berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang juga terbatas.

Dari saya

SYED MD HARITH ARIFFIN

Dip. In Enterpreneur, ILO. Italy

Cert In QC, JPO, Tokyo.

TESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN GETAH

Pada setiap tahun pokok getah akan mengalami musim gugur. Daun-daun pokok
akan kering dan gugur hanya tinggal dahan dan rantingnya. Saat ini pokok getah
tidak ditoreh dan pengusaha kerugian kerana tidak mendapat hasilnya.

Berdasarkan foto di atas yang dirakam di Sikota, Negeri Sembilan agak mengejutkan
apabila separuh pokok getahnya yang telah dibokashikan daunnya tidak gugur malah
pucuk dan daun baru tumbuh dengan cepat. Pengusahanya dapat terus menorah
seperti biasa. Pengusaha ini telah membokashikan 2 bulan sebelum musim daun
gugur tiba.

Manakala sebahagian pokok getahnya yang tidak sempat dibokashikan mengalami
musim keguguran daunnya seperti kebanyakan kebun getah yang lain juga.

MICROBIAL SOILS CONDITIONER

TESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN GETAH

Foto-foto berikut diambil dari kebun persendirian yang dimiliki oleh Tn Hj Tarmizi Bin Mat di Kampong Charuk Kudong, Sik, Kedah.
Beliau menggunakan baja subsidi dari Risda dan juga bokashi

Ukur lilit batang pokok getah pada ialah lebih kurang 23 inci

Ukur lilit batang pokok getah pada ialah lebih kurang 30 inci

  • Foto ini diambil pada : April, 2017
  • Tarikh tanam : 2013
  • Umor pokok : 4 tahun
  • Bilangan pokok : 200 batang
  • Tahun mula membokashi : 2013
  • Kekerapan membokashi : Sekali setahun
  • Ukur lilit batang : 23” – 27.5”
  • Jenis bokashi digunakan : Bokashi tinja ayam (BOA20)

BOKASHI TINJA AYAM (BOA20)

TESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN GETAH

BOKASHI kami diguna oleh pekebun getah semenjak 2010 dan berikut adalah catitannya ;

  • Merangsang pengeluaran pucuk baru dengan cepat
  • Meningkatkan saiz ukur lilit batang pokok dengan cepat
  • Membantu menambah pegeluaran susu getah
  • Memendikkan tempoh musim “daun gugur”

Pada Oktober, 2010 Bokashi telah digunakan dalam rancangan tanam semula getah di Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan seramai 30 peneroka berkelompok telah membokashikan pokok getahnya yang baru berusia 3 tahun manakala peneroka lain tidak membokashikan tanah mereka jadi kami berpeluang membuat perbandingan antara pokok yang dibokashikan dengan tidak.

Purata seorang peneroka memiliki 10 ekar atau 1800 pokok untuk keluasan tersebut.

  • Tarikh tanam semula : May, 2008
  • Tarikh mula menggunakan bokashi : Oktober, 2010
  • Umur pokok waktu menggunakan bokashi : 2 tahun 5 bulan
  • Tarikh laporan : Mac, 2011 ( 6 bulan selepas membokashikan tanah mereka )

Tanah ini tidak dibokashikan

Tarikh foto : Mac 2011

Catitan fizikal :

Daun kurang

Dahan belum membuka luas

Tanah ini dibokashikan

Tarikh foto : Mac 2011

Catitan fizikal :

Daun lebat

Dahan membuka kepada sinaran m/hari

BERIKUT ADALAH MAKLUMBALAS DARI PENGGUNAAN BOKASHI

Tuan Hj Md Nor ( Baju biru) dan En Razali Razak (Baju Coklat) adalah peneroka Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan yang membokashikan tanah mereka bergambar dengan Bokashi BOK20 yang peneroka gunakan.

Ini adalah pokok getah Tn Hj Md Nor yang telah membokashikan tanahnya. Umor pokoknya 2 tahun 5 bulan.Lihat pucuk baru keluar dengan banyak dan daunnya hijau pekat merimbun

Bermula dari barisan pokok getah yang dipegang oleh Tuan Hj Md Nor ke kanan adalah kebun getahnya yang menerima bokashi. Manakala kebun getah di kiri beliau tidak dibokashikan. Dalam tempoh 6 bulan anda dapat lihat dengan jelas perbezaannya

MINI MAHA DI KUANTAN

Baru-baru ini Bokashi telah menyertani Acara Mini MAHA yang di adakan di Kuantan umtuk memperomosikan, memperkenalkan dan memberi penerangan lanjut tentang bokashi, kebaikkan dan kegunaanya. Kami mendapat respon dan sambutan hangat dari perserta. Sila nikmati photo galeri pada hari tersebut.

Sila perhatikan tayangan slide di bawah untuk galery pada masa acara ini sedang di jalankan

Event-Ktn4mod
Even-Ktn-5-mod
Event-ktn3-Mod
Event-Ktn2-mod-1024x647
Event-Ktn1mod
Even-Ktn6-Mod
Event-Ktn-mod
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

Secara umumnya acara mini MAHA yang di adakan di Kuantan ini mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan petani dan pengusaha untuk lebih memahami bagaimana bokashi dapat membantu mereka untuk mempertingkatkan mutu dan penguluaran hasil tanaman.

TESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN KELAPA SAWIT

Secara umumnya kelapa sawit dapat ditanam dengan 60 pokok setiap ekar atau 600 pokok pada keluasan 10 ekar seperti pada kebanyakkan peneroka di Rancangan Felda. Kita dapati hasilnya tidak seragam kepada setiap peneroka. Ada yang memperolehi 17tan sebulan, 12tan, 8tan, 6tan dan ada yang kurang dari itu. Pada usia pokok melebihi 11 tahun pokok tersebut mampu memberi pulangan hasil lebih dari 18 tan dan maksimanya 20tan sebulan.

 Kalau kita menganggap hasil 18tan sebulan adalah tinggi bagaimana pula dengan pengusaha sawit yang mendapat hasil cuma 8tan sebulan? Ini bermakna pengusaha kini kerugian hasil sebanyak 10tan sebulan dan kalau harga sawit semasa adalah RM500/tan ini bermakna pengusaha tersebut kerugian sebanyak 10tan x RM500 = RM5,000 sebulan. Kalau hal ini dibiarkan tanpa diambil tindakan wajar setahun pengusaha ini akan kerugian RM5,000 x 12 bulan = RM60,000. Ini jumlah kerugian yang amat besar dan pengusaha mesti mengambil tindakan segera kerana umur pokok akan terus meningkat dan hasilnya akan berkurangan.

Ia juga menunjukkan bahawa penggunaan baja kimia memberi kesan biologi tanah dan mengalirkan mineral dan sebenarnya menghalang penggunaannya sendiri di dalam tumbuhan itu sebenarnya menyerap mineral lain yang diperlukan.

Cuba perhatikan data-data yang kami kumpulkan seperti berikut ;

 

  1. Lokasi : Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
  2. Tarikh tanam semula : Mac, 2000
  3. Jumlah pokok : 600 batang
  4. Umur pokok : 11 tahun pada Mac 2011
  5. Tarikh dibokashi : 11/03/2011
  6. Tarikh pemerhatian : 2/04/2011
  7. Tempoh pemerhatian : 23 hari

TESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN KELAPA SAWIT

Dari data di atas kita boleh lihat peningkatan yang ketara melalui gambar-gambar berikut

Pokok sawit ini tidak dibokashikan

Di kebun sawit yang sama tetapi pokok ini telah dibokashikan pada 11/03/2011

BOKASHI PADA POKOK BUAH-BUAHAN

Tetamu dari Jabatan Pertanian telah melawat di ladang TKPM Lanchang.

Di ladang TKPM Lanchang Pahang pengusaha tanaman buah-buahan ini telah menggunakan bokashi secara 100% dan tidak menggunakan racun serangga mahu pun racun kulat dalam menjadikan ladang buah-buahannya seluas 20 ekar sebagai kebun buah-buahan organik.

Beliau menanam pokok durian belanda, nangka, jambu batu, limau manis dan sebagainya

Ia juga menunjukkan bahawa penggunaan baja kimia memberi kesan biologi tanah dan mengalirkan mineral dan sebenarnya menghalang penggunaannya sendiri di dalam tumbuhan itu sebenarnya menyerap mineral lain yang diperlukan.

Pokoknya menghijau dan pengeluaran hasil yang lumayan, kurang serangga menyerang tanamannya. Pernah sebahagian tanamannya terendam air banjir beberapa hari tetapi terdapat ketahanan pada pokoknya, manakala pokok pengusaha lain mati akibat banjir tersebut.

Ramai Tetamu menghadiri untuk menyaksikan sendiri keberkesanan Bokashi yang digunakan

MENGAPA KAMI TIDAK SYORKAN PENGGUNAAN KIMIA DAN BAJA KIMIA KEPADA TANAH

Kebanyakan bahan kimia dan baja kimia menyumbang kepada penurunan pengeluaran dan kemerosotan tanah kita. Malangnya, amalan-amalan ini tidak lestari, dan amalan berterusan ini akan membuka tanah kita untuk menurunkan kadar hasil dan penyakit tanah.

Kami sudah melihat penyakit yang menjalar ke Australia yang belum pernah kita lihat sebelumnya, seperti penyakit Panama dan mutasi Fusarium oxysporum yang lain. Ini boleh dikaitkan secara langsung dengan bahan kimia yang banyak dan baja di tanah kita. Buku Graeme Harvey “We Want Real Food” menunjukkan fakta bahawa penggunaan bahan kimia dan bahan kimia yang berlebihan juga menjadi masalah bagi para peternak lembu kerana daging mereka (protein) menderita kerana ternakannya kurang berkhasiat dan terlalu berlebihan, bahkan lembu susu yang menghasilkan kurang dan Susu berkualiti rendah.

Ia juga menunjukkan bahawa penggunaan baja kimia memberi kesan biologi tanah dan mengalirkan mineral dan sebenarnya menghalang penggunaannya sendiri di dalam tumbuhan itu sebenarnya menyerap mineral lain yang diperlukan.

Dengan menambahkan bakteria antagonis tertentu, kita boleh mula membina semula biota tanah keseluruhan. Bactivate adalah satu-satunya produk yang dapat membuktikan bakteria itu bertahan apabila mereka melanda tanah, dan kami juga tahu fungsi sebenar yang diberikan oleh Bacillus. Dengan mengetahui ini dan menggunakan teknologi canggih ini, kami dapat mengurangkan jumlah bahan kimia dan baja kimia yang anda gunakan, sambil meningkatkan kualiti dan hasil tanah.

APAKAH FAEDAH MICRO-ORGANISMA BACTERIA & FUNGI) KEPADA TANAH?

erdapat kumpulan besar organisma yang wujud secara semulajadi yang boleh wujud dalam tanah dengan memastikan tanah mengandungi nisbah yang sesuai untuk mikro organisma yang bermanfaat. Mikro-organisma digunakan sebagai inokulan tanah untuk meningkatkan kualiti tanah, dan sebagai akibat langsung kesihatan dan pertumbuhan tanaman. Nisbah sedia ada mikro-organisma sering tidak diketahui atau tidak dikenal pasti dan kesan-kesan menguntungkan mikro-organisma ini sering tidak dikenali.

Mikroorganisma yang bermanfaat dapat membantu meningkatkan kesan-kesan amalan pengurusan yang sama seperti putaran tanaman, penggabungan bahan-bahan organik, pembiakan pemupukan, kitar semula residu tanaman, dan bio-kawalan perosak. Dengan penggunaan yang berterusan, kesan kumulatif Bactivate bertambah baik setiap tahun.

Produk Bokashi kami dapat membantu membekalkan Mikro-organisma mengikut keperluan anda. Sila klik disini untuk senarai lengkap Bokashi.