Bokashi2u

Slide 2

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Selamat Datang Ke Laman Bokashi2u.

Bokashi bukan sekadar baja biasa. Kami berusaha untuk menjadi penggerak utama negara dalam meningkatkan hasil tanaman dengan lestari

Slide

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Bokashi
Bukan Sekadar Baja Biasa.

Bokashi dipopularkan pertama kali di Jepun sebagai produk organik (baja) yang dihasilkan dengan cepat dan efektif.

Slide

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Bimbingan Jabatan Pertanian Negara.

Bokashi adalah produk yang dihasilkan di bawah bimbingan dan seliaan dari Jabatan Pertanian Negara Malaysia

Slide 2

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Berkesan Mengawal Tanah Ladang.

Dengan menambahkan bakteria antagonis tertentu, kita boleh mula membina semula biota tanah keseluruhan

Slide

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Aktif Untuk Membantu Anda.

Kami aktif dalam program promosi yang dijalankan seluruh negara untuk membantu anda dalam masalah baja bokashi

Slide

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Sesuai Untuk Tanaman Berbuah.

Tanaman buah-buahan di ladang TKPM Lanchang telah menggunakan bokashi secara 100% menjadikan kebun buahan organik

Slide

Berkualiti Tinggi
100% Organik
Produk Lestari

Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad.

Baja bokashi ini adalah bi bawah seliaan Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad (J-4-1374) berdaftar pada Mac 2017

previous arrow
next arrow
Bukan Sekadar Baja Biasa!

Selamat Datang Ke Bokashi2u.com.my

Bokashi adalah kaedah berasal dari Jepun untuk menghasilkan kompos pelepasan bau yang rendah, kaya organik dan proses cepat yang memberikan nilai tambahan kepada tanah. Kaedah Bokashi melibatkan membunuh mikroorganisma yang menyebabkan bau dan menarik haiwan dalam bahan organik.

Ke arah memajukan industri
pertanian negara

Semua produk kami adalah dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negara

Saksikan bokashi dalam majalah 3

Bukan Sekadar Baja Biasa!!

Bimbingan Jabatan Pertanian Negara

Dalam memastikan kemajuan di bidang pertanian

Di bawah selian KSAB

Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad (J=41374)

Informasi Menggemparkan

Mengapa mesti bertukar kepada baja organik

Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.

Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar?

A. Untuk Kesihatan

Selepas Perang Dunia Ke 2 tamat pada 1945 berlaku krisis kekurangan makanan akibat kemusnahan sehingga diadakan gerakan “Revolusi Hijau” untuk mengatasinya. Mulai saat inilah petani menggunakan baja sintetik yang mengandungi Natrait untuk tanaman sayuran dan buah-buahan mereka. Sememangnya apa jua jenis tanaman memerlukan Nitrogen sebagai nutriennya untuk hidup. Nitrogen yang terdedah lama di udara akan bertukar kepada Natrait

Selama 40 tahun (1945 – 1985) mereka memakan sayuran dan buah-buahan yang mengandungi bahan tersebut dan dalam tempoh inilah ramai penduduk Eropah mengidap berbagai jenis penyakit kronik yang tidak ujud sebelumnya seperti sakit buah pinggang dan lain-lain lagi (Nitrait yang ditabur akan berpindah ke dalam tanaman dan berpindah ke tubuh manusia apabila tanaman tersebut dimakan. Nitrait tidak hadam dan terkumpul dalam tubuh hingga menganggu system badan dan akhirnya menjadi penyakit}.

Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.

Anda bagaimana pula?

B. Untuk Alam Sekitar

Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar? Kalau dapat pun tidaklah banyak sebagaimana dulu.

Ini adalah bukti jelas yang dapat dilihat oleh mata kita bahawa hidupan mikro telah lari menjauhkan diri dari tanah yang sudah mulai tercemar. Selain dari cacing lapisan tanah ini terdapat akar pokok, bakteria, fungi, protozoa, algea, mites, nematodes, ants, maggots, insects, grubs dan yang lain turut menjauhkan diri.

Cacing tanah pernah diistilahkan sebagai Jurutera Tanah. Sungguh pun badannya tidak bertulang, lembut dan lembik tetapi kekuatannya sungguh memerancatkan kita. Dari dalam tanah ia mengorek terowong memanjat ke atas tanah dan membawa daun kering masuk kembali. Terowong ini menjadi saluran untuk udara masuk ke dalam tanah.

Ribuan cacing yang melakukan pergerakan sebegini akirnya tanah menjadi lembut dan memudahkan pergerakan akar tanaman menjalar. Seekor cacing mampu menolak tanah 40 kali ganda dari berat tubuhnya dan 50 ekor cacing pula mampu menolak 1MT tanah. Jurutera Tanah anda melakukan tugas siang dan malam secara senyap tanpa anda ketahui.

 

Perkara yang amat dibenci oleh cacing apabila persekitarannya bertukar menjadi berasid, mereka akan jauh melarikan diri dan tinggallah tanah anda tanpa Jutera Tanah yang setia. Mulai saat ini tanah anda akan menjadi keras, tiada udara dan akhirnya gersang, alam sekitar telah tercemar. Tanaman anda mula merosot kesihatannya dan hasil pun mulai terjejas.

Hindarilah dari terus menggunakan baja sintetik yang tinggi asidnya dan merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Perbandingan antara baja kimia, bokashi dan baja konvensional

Dalam jadual di atas di senaraikan perbandingan antara baja kimia, bokshi dan baja konvensional terhadap beberapa perkara termasuk hasil tanaman, kualiti kos dan tahap alamsekitar dan lestari

C. Nutrien Di Dalam Tanah

Tanaman anda tidak akan hidup subur dan sihat kalau hanya bergantung kepada baja sintetik atau disebut sebagai baja kimia atau juga baja NPK. Walau bagaimana pun diakui nutrien utama yang diperlukan ialah Nitrogen ( N ), Phosphorus ( P ) dan Potassium ( K ).

Selain nuterien tersebut terdapat banyak lagi yang diperlukan. Ketiadaan atau kekurangan nutrien akan dapat dilihat pada fizikal tanaman anda.

Di bawah adalah senarai nutrien asas yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup subur. Sila klik untuk melihat kesan negatif kepada tumbuhan jika nutrin berkenaan tidak mencukupi untuk tumbuhan tersebut.

Daun yang muda kecil, klorotik dan mudah gugur. Pucuk mudah patah, pertumbuhan tidak sempurna & mudah layu. Daun berwarna kuning. Pembungaan & pengeluaran buah akan terhad

Buah kecil, daun muda kecil, lai daun tebal & hujung daun bergulung. Daun perang kekuningan dgn tompok nekrotik. Daun gugur dan pucuk mula mati. Kulit buah jadi tebal. Keluar getah dari daun, pucuk & batang.

Klorotik di antara urat daun di sepanjang tulang daun. Bila kekurangan berlarutan keseluruhan daun menjadi klorotik melainkan sebahagian kecil dekat tangkai kelihatan hijau dan berbentuk “V” terbalik. Jika kekurangan teruk, daunnya gugur.

Pertumbuhan pucuk terhenti dan mati pada keadaan teruk. Pertumbuhan daun muda terbantut dan menyebabkan ianya berputar. Daun muda berkedut, berkereput, bengkak spt cangkuk, tebal & rapuh

Terjadi klorotik di bahagian antara urat daun, mulai dari hujung yang kemudiannya. Mula2 terjadi pada daun tua dan seterus merebak ke daun muda. Pokok terbantut, pemecahan anak seperti biasa. Daun muda menjadi pendek kecil dan berwarna hijau pucat

Daun muda/atas layu. Terdapat tanda nekrotik di tepian hujung daun pada keadaan teruk.

Daun berwarna perang pucat keungguan/ hijau pekat dan kecil. Di peringkat teruk, tompok nekrotik kelihatan di tepi, hujung dan lai daun.

Klorotik mula di tepi daun dan ke kawasan urat daun. Kemudiannya akan jadi nekrotik. Daun gugur dengan banyaknya. Akhirnya dahan akan mati.

Klorotik antara urat2 daun pada daun muda. Dalam keadaan teruk, seluruh daun berwarna kuning keputihan dan akan kelihatan tompok2 nekrotik. Daun di hujung dahan gugur, akhirnya dahan mati.

Daun kecil, tirus & tegak. Klorotik di antara urat daun. Dahan2 kurus, beruas-ruas pendek dan mati sebelum matang

Terdapat tompok2 kuning yang berbeza ukuran dan taburannya. Tompok2 gam yang berwarna kemerahan di permukaan bawah daun

Berikut adalah bandingan kandungan nutrien pada beberapa jenis baja

BAJA SINTETIKBAJA UREABOKASHI
Nitrogen (N)Nitrogen (N)Nitrogen (N)
Phosporus (P)Phosporus (P)
Potassium (K)Potassium (K)
Magnesium (Mg)
Calcium (Ca)
Boron (B)
Iron (Fe)
Manganese (Mn)
Sodium (Na)
Molybdenum

D. Kehadiran Mikrob

Dari tiga jenis baja di atas cuma baja organik Bokashi mengandungi mikrob yang sangat-sangat penting dan berfaedah kepada tanaman. Berikut adalah nama mikrob yang terdapat dalam baja organik kami ;

Lactobacillus spp Bacteria      3.2 X 106 CFU/ml

Yeast Count                             2.5 X 105 CFU/ml

Nitrogen Fixing Bacteria         1.0 X 106 CFU/ml

Berikut adalah foto mikrob yang dibesarkan  dan kepentingannya kepada tanaman:

Microb1
MIcrob2
Microb3
Microb4
Microb5
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

Apabila cacing membuat terowong, udara akan masuk dan bakteria rhizobium akan mengikat Nitrogen yang terdapat dalam udara tersebut. Manakala bakteria bacillus akan mengeluarkan Nitrogen dari system pernafasan mereka. Selain kandungan Nitrogen dalam baja organik, mikrob juga membantu menghasilkannya. Semakin banyak dan kekal mikrob tersebut di sekeliling tanaman anda semakin sihatlah tanaman tersebut.

Kehadiran cacing tanah meninggalkan kotoran serupa tanah dan kotoran ini banyak mengandungi nutrien dan 40 jenis protin yang diperlukan oleh tanaman dan mengandungi zat yang disukai oleh mikrob-mikrob. Asid Laktik Bakteria amat penting, bakteria ini pula mengeluarkan asid laktik yang sangat diperlukan sebagai antibody pokok dari serangan penyakit dan sebagai penggalak pertumbuhan dan hasil tanaman.

Mikrob ini juga akan lari meninggalkan sekitar tanaman anda sekiranya anda terus menggunakan baja sintetik yang berasid. Cubalah gali sekitar tanaman anda dan berapa banyak cacing yang anda jumpa? Mudahkan melihat cacing dan mikrob datang atau pergi.

E. Faktor Ekonomi

Baja sintetik dan urea adalah produk petrokimia, apabila harga minyak naik produk-produk hilirannya akan turut terikut. Berapa kalikah setahun minyak ini turun harga? Hampir mustahil jawapannya, manakala baja organik pula dihasilkan dari bahan buangan ternakan dan tumbuhan kosnya murah sekali.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa faktor yang patut anda timbangkan seperti kesihatan dan keselamatan pengguna, faktor alam sekitar, mikrob, nutrien dan faktor ekonomi, anda buatlah keputusan yang bijak. Saya hanya dapat membantu menjelaskan kepada anda berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang juga terbatas.

SYED MD HARITH ARIFFIN
Dip. In Enterpreneur, ILO. Italy
Cert In QC, JPO, Tokyo.

Produk Bokashi

Baja Organik Tinja Ayam

Bokashi Ayam

KANDUNGAN BAHAN : TINJA AYAM, SEKAM PADI BAKAR, DEDAK & MIKROB BERFAEDAH KEPADA TANAMAN. KEGUNAAN : SESUAI UNTUK POKOK BERDAUN SEPERTI SAYURAN BERDAUN, RUMPUT, POKOK HIASAN, POKOK JUGA POKOK BERBUAH.

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Baja Organik Tinja Kambing

Bokashi Kambing

KANDUNGAN BAHAN : TINJA KAMBING, SEKAM PADI BAKAR, DEDAK & MIKROB BERFAEDAH KEPADA TANAMAN. KEGUNAAN : SESUAI UNTUK POKOK BERBUAH SEPERTI POKOK BUAH-BUAHAN, SAYURAN BERBUAH TERUNG,BENDI JUGA POKOK BERDAUN.

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Dedak dan Mikrob berfaedah pada tanaman

Microbial Soils Conditioner

KOD : MSC20 BERAT : 20KG/BEG KANDUNGAN BAHAN : TINJA AYAM, TINJA KAMBING, SEKAM PADI BAKAR, DEDAK & MIKROB BERFAEDAH KEPADA TANAMAN. KEGUNAAN : PEMULIHAN TANAH

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Sesuai Untuk Kolam Ikan Air Tawar

Mudball

BERAT : 50GM/BIJI PEMBUNGKUSAN : 10BIJI/PKT KANDUNGAN BAHAN : DEDAK, TANAH LIAT & MIKROB BERFAEDAH KEGUNAAN : MENJERNIH DAN MENGHILANGKAN BAU AIR KOLAM, PARIT, LONGKANG DAN SEUMPAMA

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Tanah Campuran Bermikrob

Tanah Bokashi

BERAT : 20KG/BEG KANDUNGAN BAHAN : TANAH, PASIR, TINJA AYAM, SEKAM PADI BAKAR, DEDAK & MIKROB BERFAEDAH KEPADA TANAMAN. KEGUNAAN : SEBAGAI MEDIA UNTUK SEMAIAN DAN TANAMAN POKOK-POKOK BARU

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Tanah Organik Tersedia Untuk Tanaman

Tanah Bokashi Polibeg

KONSEP : TERUS GUNA (MENJIMATKAN KOS TENAGA KERJA UNTUK PENYEDIAAN DAN PENGISIAN TANAH KE DALAM POLYBEG) KANDUNGAN BAHAN : TANAH, PASIR, TINJA AYAM, SEKAM PADI BAKAR, DEDAK & MIKROB BERFAEDAH KEPADA TANAMAN. KEGUNAAN : SEBAGAI MEDIA UNTUK SEMAIAN DAN TANAMAN POKOK BARU

PRODUK BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Bokashi - Bukan Sekadar Baja Biasa

Soalan Lazim

Apakah Bokashi?

Bokashi dipopularkan pertama kali di Jepun sebagai produk organik (baja) yang dihasilkan dengan cepat dan efektif.

Bokashi Soil Conditioner adalah Conditioner Tanah Mikrob yang terdiri daripada 5 spesis bacillus spesifik yang meningkatkan pertumbuhan tumbuhan dan perlindungan. Kekurangan maklumat teknikal dan ketidakmampuan untuk mengenal pasti secara tepat apa biologi yang diterapkan, setakat ini, mengehadkan kebanyakan pengetahuan para petani dan penggunaan Kondisioner Tanah Mikrob. Peranan mikro organisma yang bermanfaat dalam merangsang pertumbuhan tumbuhan dan perlindungan dan penggunaannya sebagai baja bio dan agen kawalan biologi untuk memberi manfaat kepada persekitaran yang tidak produktif dan tertekan.

Terdapat kumpulan besar organisma yang wujud secara semulajadi yang boleh wujud dalam tanah dengan memastikan tanah mengandungi nisbah yang sesuai untuk mikro organisma yang bermanfaat. Mikro-organisma digunakan sebagai inokulan tanah untuk meningkatkan kualiti tanah, dan sebagai akibat langsung kesihatan dan pertumbuhan tanaman. Nisbah sedia ada mikro-organisma sering tidak diketahui atau tidak dikenal pasti dan kesan-kesan menguntungkan mikro-organisma ini sering tidak dikenali. Mikroorganisma yang bermanfaat dapat membantu meningkatkan kesan-kesan amalan pengurusan yang sama seperti putaran tanaman, penggabungan bahan-bahan organik, pembiakan pemupukan, kitar semula residu tanaman, dan bio-kawalan perosak. Dengan penggunaan yang berterusan, kesan kumulatif Bokashi bertambah baik setiap tahun.

Rhizobacteria menggalakkan pertumbuhan tumbuhan secara langsung dan/atau tidak langsung dengan cara:
-Menghasilkan pengawal selia tumbuhan
-Memudahkan pengambilan nutrien
-Mempercepatkan mineralisasi
-Mengurangkan tekanan tumbuhan
-Menyediakan penetasan nitrogen
-Mempromosikan mikroorganisma berfaedah yang lain seperti ‘Kulat mycorrhizal’
-Menyekat penyakit tumbuhan, dan
-Berfungsi sebagai nematikida dan racun serangga

Lima spesies Bacillus spesifik telah diformulasikan menjadi Bokashi soil conditioner dan dengan cara aditif tanah.

Membantu tumbuhan meningkatkan pertumbuhan dan prestasi hasilnya. Bokashi bermanfaat bakteria hanya dapat dilihat apabila mereka tumbuh di koloni pada agar nutrien, di bawah keadaan cahaya tertentu atau dengan mikroskop elektronik. Bakteria mempunyai keupayaan untuk membentuk spora berehat, yang membolehkan mereka bertahan dalam tempoh yang melampau panas, sejuk dan kontang.
Tiga faktor menyumbang kepada fungsi perlindungan mikroba yang bermanfaat:
(1) Pertandingan untuk nutrien dalam tanah dan rhizosphere
(2) Persaingan untuk tapak jangkitan dan penjajahan akar, dan/atau
(3) Rintangan sistemik yang diinduksi.

Rintangan terindikasi ditakrifkan sebagai peningkatan keupayaan pertahanan tumbuhan terhadap spektrum patogen dan perosak yang meluas. Ia diperolehi selepas rangsangan yang sesuai seperti pengenalan mikroorganisma berfaedah ke dalam rizosfera (zon akar). Penentangan tinggi terhadap jangkitan patogen disebabkan oleh agen yang dipanggil dipanggil rintangan sistemik atau rintangan diperolehi sistemik. Banyak mikro-organisma mempunyai keupayaan untuk menimbulkan ketahanan sistemik terhadap perosak dan penyakit. Dua spesies Bacillus (subtilis dan thuringiensis) di Bactivate terbukti menghalang serangan perosak dan penyakit.
Kebanyakan bahan kimia dan baja kimia menyumbang kepada penurunan pengeluaran dan kemerosotan tanah kita. Malangnya, amalan-amalan ini tidak lestari, dan amalan berterusan ini akan membuka tanah kita untuk menurunkan kadar hasil dan penyakit tanah.

Kita sudah melihat penyakit yang menjalar ke Australia yang belum pernah kita lihat sebelumnya, seperti penyakit Panama dan mutasi Fusarium oxysporum yang lain. Ini boleh dikaitkan secara langsung dengan bahan kimia yang banyak dan baja di tanah kita.
Bacillus thuringiensis mempunyai keupayaan yang kuat untuk mengurai komponen nitrogen organik di dalam tanah. Ia terkenal dengan kapasiti pertahanan dan serangan terhadap patogen tanah dan tumbuhan. Bacillus thuringiensis akan membentuk struktur kristal yang banyak memberi makan. Setelah menelan struktur kristal akan menyebabkan lumpuh saluran pencernaan perosak menyebabkan kebuluran dan kematian akhirnya.

Bacillus megaterium mempunyai keupayaan yang kuat untuk mengurai lesitin, kalsium fosfat dan fosforus trikalcium. Bakteria mengubah haiwan dan tumbuhan kekal di dalam tanah menjadi garam fosforus dan mineral-mineral tersebut sedia untuk pengambilan cepat untuk tumbuh-tumbuhan untuk digunakan untuk pertumbuhan yang sihat. Fosforus adalah salah satu daripada tiga nutrien utama atau utama untuk tumbuh-tumbuhan yang pada asalnya kaya dengan tanah. Walau bagaimanapun, kebanyakan tanah pertanian mempunyai kekurangan nutrien fosforus kerana unsur ini kebanyakannya dalam keadaan organik yang tidak dibubarkan dan kekal sebagai bahan bukan organik. Oleh itu, Bacillus megaterium adalah bantuan yang besar untuk meningkatkan penggunaan unsur fosforus di dalam tanah untuk pertumbuhan tumbuhan yang lebih tinggi dan sihat.

Bacillus mucilaginosus adalah bakteria silikat yang telah diterima dan dikaji lebih awal oleh saintis bekas Soviet dan Cina. Bakteria silikat istimewa di dalam tanah kerana mereka mengurai apa-apa mineral kalium, membebaskan kalium dan bermulanya azot. Bakteria memetabolisme dan menyebabkan pengeluaran asid organik, asid amino, amilosa dan hormon untuk penggunaan tumbuhan. Sementara itu, pembiakan bakteria juga menyekat sel-sel patogenik. Tahap kalium boleh dibangkitkan sebanyak 33-34%. Bakteria menunjukkan kesan untuk meningkatkan fosfat dan potassium bertindak cepat di dalam tanah, dengan itu meningkatkan hasil dan kualiti sebagai salah satu unsur yang paling penting dalam baja mikrob.

Bacillus subtilis dikenali dengan kapasiti untuk membiak dengan pantas di dalam tanah. Ia juga berkongsi keupayaan yang sama kepada bakteria lain di Bactivate kerana mereka mempunyai keupayaan untuk membentuk endospore yang sukar, melindungi organisme untuk mentolerir keadaan persekitaran yang melampau. Ia mempunyai kapasiti yang kuat untuk menghasilkan proteinase, diastase dan pektase. Ia adalah bacillus utama yang membusukkan haiwan dan tumbuhan ke dalam nitrogen yang ada di dalam tanah. Bakteria ini hidup dalam nodul khusus pada sistem akar tumbuhan, di mana mereka memproses nitrogen atmosfera ke dalam bentuk yang tersedia untuk tumbuhan untuk digunakan. Oleh itu bacillus subtillis membebaskan nutrien tanah di kedua-dua tanah dan udara untuk kegunaan tumbuhan. Ia juga dikenali sebagai organisma antagonistik terhadap patogen tumbuhan yang menggabungkan dengan Bacillus thuriengensis untuk menghalang serangan tumbuhan dan patogen.

Bacillus licheniformis Ini bakteria anaerobik fakultatif membiak dalam tanah. Ia mampu mengurai protein dan lignin untuk memberikan pemakanan bagi tumbuh-tumbuhan dalam bentuk seperti asid amino. Ia berkesan boleh mengurai bahan organik di dalam tanah dan dengan itu menyediakan nutrisi untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.

Anda Ingin Bertanya?

Kami sedia untuk membantu atau memberi maklum balas

    Ahli Berpengalaman

    Ahli Lembaga Koperasi

    Ibu Pejabat

    No.17, Jalan Rusa 8, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

    Nombor Telefon

    019-989 7041
    019-714 2633
    012-712 0266

    Alamat Emel

    syedaha601@gmail.com syedaha601@bokashi2u.com.my syharith@bokashi2u.com.my

    Informasi Mutakhir

    Layari blog kami
    untuk bacaan lanjut

    Bokashi bukan sekadar baja biasa. Kami berusaha untuk menjadi penggerak utama negara dalam meningkatkan hasil tanaman dengan lestari