Bokashi2u

Mengenai Program Kami

Siapa Kami

Perusahaan pengeluaran baja organik  BOKASHI telah bermula pada tahun 2009 dengan keluasan lantai 3,510’ persegi. Untuk menampung peningkatan permintaan, kilang telah dibesarkan sebanyak 7 kali ganda kepada 26,000’ persegi secara berperingkat-peringkat dari pengeluaran awal sebanyak 26MT sebulan kepada 300MT sebulan.

Dari sebuah perniagaan milik tunggal mulai 1/7/2017 perusahaan ini telah ditadbir urus oleh Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad yang dikenali dengan singkatan KSAB untuk terus berkembang maju.

Koperasi Keluarga Syed Ariffin
Berhad (J-4-1374)

Produk Bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia

Event-Ktn2-mod
Penjagaan Kualiti

Ringkasan Proses Penghasilan

Kami amat teliti dalam menjaga kualiti produk bermula dari pembelian bahan mentah lagi. Pembelian bahan dilakukan secara skala besar supaya dari awal lagi kualitinya sekata.

Semua tinja haiwan yang kami gunakan terlebih dahulu dikisar halus dan ditapis bersih. 33% dari bahan ini yang terpaksa dibuang kerana ia merupakan habuk, kepingan kayu hancur, racikkan rumput makanan haiwan dan batu halus.

Sekiranya bahan ini tidak diasing dan dibuang bermakna pengguna terpaksa membayar sampah bukan baja organic 100%, lagi pun sampah ini berupaya mengundang anai-anai datang dan mendiami sampah tersebut, kalau ini berlaku tanaman anda dalam bahaya.

Sekala Yang Besar

Tinja dan sekam padi bakar di beli pada sekala yang besar

Dikisar dan ditapis

Semua tinja terlebih dahulu dikisar halus dan ditapis bersih

Dihancurkan difermentasi

Setelah tinja haiwan dihancurkan dan difermentasi rupanya seakan baja biasa

Penjagaan Kualiti

Tinja di Pantau

Adalah sangat penting kepada pengguna Bokashi untuk mengetahui sumber tinja haiwan dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat baja organik

Setelah tinja haiwan dihancurkan dan difermentasi pengguna tidak dapat mengenalinya lagi. Kepada pengguna produk kami, tinja haiwan yang kami gunakan adalah dari ayam dan kambing sahaja.

Sepasukan Pegawai dari JAKIM telah melawat kilang kami dan menjalankan kerja audit pada 4/5/2010 dan memberi perakuan produk kami tidak mengandungi najis  mughallazoh (Rujukan fail : JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1068-03/2010 bertarikh 21/5/2010 )

Bahan Organik

Satu lagi bahan penting dalam pembuatan baja organik ialah penyediaan mikrob. Bahan-bahan untuk penyediaannya dibeli dari bahan yang segar bukan dari ketogeri yang hendak dilupus. Sebagai contoh nenas, labu, betik semuanya segar dan terpilih. Manakala kangkong pula kami tanamnya sendiri dan terpelihara. Dari bahan yang baik dan segar akan menghasilkan mikrob yang baik dan banyak.

Mikrob

Mikrob ini kami biakkan dalam tangki yang dibina khas dan memuatkan 5,000 liter cairan mikrob dan akan dipam untuk dicampurkan dengan bahan-bahan mentah yang lain. Kami mempunyai 11 blok fermentasi dan setiap blok memuatkan 8-10 MT bokashi. Proses fermentasi memakan masa selama 2 minggu.

Tentang Kami

Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad

Sektor perniagaan asas pertanian, pembuatan dan pengedaran tanah bokashi dan baja bokashi, 100% baja organik

NAMA RINGKASAN :
“KSAB”

NO PENDAFTARAN :
J-4-1374

ALAMAT PEJABAT :
No 17 JALAN RUSA 8, TAMAN SCIENTEX, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAKZIM

SEKTOR PERNIAGAAN SEDIA ADA :
PERTANIAN – PEMBUATAN DAN PENGEDARAN TANAH BOKASHI DAN BAJA BOKASHI, 100% BAJA ORGANIK

JUMLAH AHLI LEMBAGA KOPERASI :
6 ORANG

JUMLAH AHLI KOPERASI :
38 ORANG

BANK KOPERASI :
MAYBANK

Pesan Bonda Keluarga Syed Ariffin

Bokashi adalah kaedah berasal dari Jepun untuk menghasilkan kompos pelepasan bau yang rendah, kaya organik dan proses cepat yang memberikan nilai tambahan kepada tanah.

Kaedah Bokashi melibatkan membunuh mikroorganisma yang menyebabkan bau dan menarik haiwan dalam bahan organik.

Syed Abdul Halim

Pengerusi Koperasi

Ahli yang berpengalaman

Ahli Lembaga Koperasi

Pengerusi

NAMA : SYED ABDUL HALIM BIN ARIFFIN
KELULUSAN : B.ENG CIVIL CNAA, NELP, UK
H/P : +6 019 989 7041
Email : syedaha@bokashi2u.com

Setiausaha

NAMA : SYED SULAIMAN BIN ARIFFIN
KELULUSAN : B. EDU. MANAGEMENT
H/P : +6 019 714 2633
Email : sysalq@bokashi2u.com

Bendahari

SYED AHMAD ISKANDAR ARIFFIN
KELULUSAN :Ph.D Architecture, Oxford Brookes
Email: syiskarf@bokashi2u.com

Pengurus Pemasaran

SYED MD HARITH ARIFFIN
Dip. Entrepreneur, ILO, ITALY
Cert. In QC, JPO, TOKYO
Email: harith2801@bokashi2u.com

Ahli Lembaga

SHARIFAH NORHAYATI ARIFFIN AHLI LEMBAGA KOPERASI 1

Ahli Lembaga

SHARIFAH KHAIRUN NISA ARIFFIN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2

Testimonials

Apa kata mereka yang menggunakan bokashi

En. Nizam berpuas hati dan gembira melihat perubahan air kolamnya yang telah bertukar menjadi jernih dalam tempoh 2 minggu setelah menggunakan mudball kami. Sebelum ini airnya keruh dan tidak kelihatan ikan-ikan ternakannya

Encik Nizam

Penternak ikan air tawar
BOKASHI kami diguna oleh pekebun getah semenjak 2010 dan berikut adalah catitannya ;
Merangsang pengeluaran pucuk baru dengan cepat
Meningkatkan saiz ukur lilit batang pokok dengan cepat
Membantu menambah pegeluaran susu getah
Memendikkan tempoh musim “daun gugur”

Tuan Hj. Md. Nor

Pengusaha pokok getah
Secara umumnya kelapa sawit dapat ditanam dengan 60 pokok setiap ekar atau 600 pokok pada keluasan 10 ekar seperti pada kebanyakkan peneroka di Rancangan Felda. Kita dapati hasilnya tidak seragam kepada setiap peneroka. Ada yang memperolehi 17tan sebulan, 12tan, 8tan, 6tan dan ada yang kurang dari itu. Pada usia pokok melebihi 11 tahun pokok tersebut mampu memberi pulangan hasil lebih dari 18 tan dan maksimanya 20tan sebulan.

Peneroka Felda Kelapa Sawit

Pengurus Peneroka Felda Air Tawar
Pada awal tanaman En Ashari menggunakan 5beg tinja ayam mentah dari reban sebagai baja kacang panjangnya. Beliau dapati serangga perosak datang menyerang pokoknya. Daun buah kacangnya turut rosak dimakan ulat ditengahnya. Tinja ayam (Najis ayam) bertoksid ia mengundang bermacam jenis serangga dan ulat malah penggunaannya boleh menyebabkan kepada kematian pokok.

Pada tanaman kali ke 2, En Ashari telah menggunakan hanya 1 beg bokashi ayam sebagai baja kacang panjangnya. Serangga perosak tidak datang menyerang lagi dan hasil kali ini sangat baik dan lumayan.

En. Ashari

Pengurus
Di ladang TKPM Lanchang, Pahang pengusaha tanaman buah-buahan ini telah menggunakan bokashi secara 100% dan tidak menggunakan racun serangga mahu pun racun kulat dalam menjadikan ladang buah-buahannya seluas 20 ekar sebagai kebun buah-buahan organik.

Pokoknya menghijau dan pengeluaran hasil yang lumayan, kurang serangga menyerang tanamannya. Pernah sebahagian tanamannya terendam air banjir beberapa hari tetapi terdapat ketahanan pada pokoknya, manakala pokok pengusaha lain mati akibat banjir tersebut.

Ladang TKPM Lancang

Pengurus
Pemerhatian di Sikota, Negeri Sembilan agak mengejutkan apabila separuh pokok getahnya yang telah dibokashikan daunnya tidak gugur malah pucuk dan daun baru tumbuh dengan cepat. Pengusahanya dapat terus menorah seperti biasa. Pengusaha ini telah membokashikan 2 bulan sebelum musim daun gugur tiba

Tn Haji Tarmizi Bin Mat, Designer

Pekebun
SIla Hubungi Kami Untuk Informasi Lanjut

Untuk Sebarang Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan soalan anda dengan mengisi borang dibawah ini. Insya Allah pihak kami memberi maklumbalas dengan sewajarnya dalam masa terdekat

    Bokashi Bukan Sekadar Baja Biasa

    Mikroorganisma yang bermanfaat dapat membantu meningkatkan kesan-kesan amalan pengurusan yang sama seperti putaran tanaman, penggabungan bahan-bahan organik, pembiakan pemupukan, kitar semula residu tanaman dan bio-kawalan perosak.

    019-989 7041

    Ibu Pejabat

    No.17, Jalan Rusa 8, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

    Nombor Telefon

    019-989 7041
    014-842 4147
    012-720 2661

    Alamat Emel

    syedaha601@gmail.com syedaha601@bokashi2u.com.my b-sahmad@utm.my

    Informasi Mutakhir

    Layari blog kami
    untuk bacaan lanjut

    Bokashi bukan sekadar baja biasa. Kami berusaha untuk menjadi penggerak utama negara dalam meningkatkan hasil tanaman dengan lestari