BOKASHI kami diguna oleh pekebun getah semenjak 2010 dan berikut adalah catitannya ;
Pada Oktober, 2010 Bokashi telah digunakan dalam rancangan tanam semula getah di Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan seramai 30 peneroka berkelompok telah membokashikan pokok getahnya yang baru berusia 3 tahun manakala peneroka lain tidak membokashikan tanah mereka jadi kami berpeluang membuat perbandingan antara pokok yang dibokashikan dengan tidak.
Purata seorang peneroka memiliki 10 ekar atau 1800 pokok untuk keluasan tersebut.
Tanah ini tidak dibokashikan
Tarikh foto : Mac 2011
Catitan fizikal :
Daun kurang
Dahan belum membuka luas
Tanah ini dibokashikan
Tarikh foto : Mac 2011
Catitan fizikal :
Daun lebat
Dahan membuka kepada sinaran m/hari
Tuan Hj Md Nor ( Baju biru) dan En Razali Razak (Baju Coklat) adalah peneroka Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan yang membokashikan tanah mereka bergambar dengan Bokashi BOK20 yang peneroka gunakan.
Ini adalah pokok getah Tn Hj Md Nor yang telah membokashikan tanahnya. Umor pokoknya 2 tahun 5 bulan.Lihat pucuk baru keluar dengan banyak dan daunnya hijau pekat merimbun
Bermula dari barisan pokok getah yang dipegang oleh Tuan Hj Md Nor ke kanan adalah kebun getahnya yang menerima bokashi. Manakala kebun getah di kiri beliau tidak dibokashikan. Dalam tempoh 6 bulan anda dapat lihat dengan jelas perbezaannya
| Kuala Lumpur Saturday, 4th April, 2026 | |
| Salat | Time |
| Fajr | 5:57 AM |
| Sunrise | 7:12 AM |
| Zuhr | 1:16 PM |
| Asr | 4:22 PM |
| Magrib | 7:21 PM |
| Isha | 8:28 PM |