Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.
Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar?
Selepas Perang Dunia Ke 2 tamat pada 1945 berlaku krisis kekurangan makanan akibat kemusnahan sehingga diadakan gerakan “Revolusi Hijau” untuk mengatasinya. Mulai saat inilah petani menggunakan baja sintetik yang mengandungi Natrait untuk tanaman sayuran dan buah-buahan mereka. Sememangnya apa jua jenis tanaman memerlukan Nitrogen sebagai nutriennya untuk hidup. Nitrogen yang terdedah lama di udara akan bertukar kepada Natrait
Selama 40 tahun (1945 – 1985) mereka memakan sayuran dan buah-buahan yang mengandungi bahan tersebut dan dalam tempoh inilah ramai penduduk Eropah mengidap berbagai jenis penyakit kronik yang tidak ujud sebelumnya seperti sakit buah pinggang dan lain-lain lagi (Nitrait yang ditabur akan berpindah ke dalam tanaman dan berpindah ke tubuh manusia apabila tanaman tersebut dimakan. Nitrait tidak hadam dan terkumpul dalam tubuh hingga menganggu system badan dan akhirnya menjadi penyakit}.
Bermula di Eropah, semua bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual kepada orang ramai diwajibkan organik dan diharamkan yang mengandungi Natrit. Sekarang pengharaman itu telah meluas ke negara Amerika, Jepun, Canada, Korea, Australia, Hong Kong, Taiwan termasuklah Singapura.
Anda bagaimana pula?
Dulu kita mudah mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan joran tetapi adakah kita perasan mencarinya sudah mulai sukar? Kalau dapat pun tidaklah banyak sebagaimana dulu.
Ini adalah bukti jelas yang dapat dilihat oleh mata kita bahawa hidupan mikro telah lari menjauhkan diri dari tanah yang sudah mulai tercemar. Selain dari cacing lapisan tanah ini terdapat akar pokok, bakteria, fungi, protozoa, algea, mites, nematodes, ants, maggots, insects, grubs dan yang lain turut menjauhkan diri.
Cacing tanah pernah diistilahkan sebagai Jurutera Tanah. Sungguh pun badannya tidak bertulang, lembut dan lembik tetapi kekuatannya sungguh memerancatkan kita. Dari dalam tanah ia mengorek terowong memanjat ke atas tanah dan membawa daun kering masuk kembali. Terowong ini menjadi saluran untuk udara masuk ke dalam tanah.
Ribuan cacing yang melakukan pergerakan sebegini akirnya tanah menjadi lembut dan memudahkan pergerakan akar tanaman menjalar. Seekor cacing mampu menolak tanah 40 kali ganda dari berat tubuhnya dan 50 ekor cacing pula mampu menolak 1MT tanah. Jurutera Tanah anda melakukan tugas siang dan malam secara senyap tanpa anda ketahui.
Perkara yang amat dibenci oleh cacing apabila persekitarannya bertukar menjadi berasid, mereka akan jauh melarikan diri dan tinggallah tanah anda tanpa Jutera Tanah yang setia. Mulai saat ini tanah anda akan menjadi keras, tiada udara dan akhirnya gersang, alam sekitar telah tercemar. Tanaman anda mula merosot kesihatannya dan hasil pun mulai terjejas.
Hindarilah dari terus menggunakan baja sintetik yang tinggi asidnya dan merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.
Tanaman anda tidak akan hidup subur dan sihat kalau hanya bergantung kepada baja sintetik atau disebut sebagai baja kimia atau juga baja NPK. Walau bagaimana pun diakui nutrien utama yang diperlukan ialah Nitrogen ( N ), Phosphorus ( P ) dan Potassium ( K ).
Selain nuterien tersebut terdapat banyak lagi yang diperlukan. Ketiadaan atau kekurangan nutrien akan dapat dilihat pada fizikal tanaman anda.
Di bawah adalah senarai nutrien asas yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup subur. Sila klik untuk melihat kesan negatif kepada tumbuhan jika nutrin berkenaan tidak mencukupi untuk tumbuhan tersebut.
Daun yang muda kecil, klorotik dan mudah gugur. Pucuk mudah patah, pertumbuhan tidak sempurna & mudah layu. Daun berwarna kuning. Pembungaan & pengeluaran buah akan terhad
Daun berwarna perang pucat keungguan/ hijau pekat dan kecil. Di peringkat teruk, tompok nekrotik kelihatan di tepi, hujung dan lai daun.
Buah kecil, daun muda kecil, lai daun tebal & hujung daun bergulung. Daun perang kekuningan dgn tompok nekrotik. Daun gugur dan pucuk mula mati. Kulit buah jadi tebal. Keluar getah dari daun, pucuk & batang.
Klorotik mula di tepi daun dan ke kawasan urat daun. Kemudiannya akan jadi nekrotik. Daun gugur dengan banyaknya. Akhirnya dahan akan mati.
Klorotik di antara urat daun di sepanjang tulang daun. Bila kekurangan berlarutan keseluruhan daun menjadi klorotik melainkan sebahagian kecil dekat tangkai kelihatan hijau dan berbentuk “V” terbalik. Jika kekurangan teruk, daunnya gugur.
Klorotik antara urat2 daun pada daun muda. Dalam keadaan teruk, seluruh daun berwarna kuning keputihan dan akan kelihatan tompok2 nekrotik. Daun di hujung dahan gugur, akhirnya dahan mati.
Pertumbuhan pucuk terhenti dan mati pada keadaan teruk. Pertumbuhan daun muda terbantut dan menyebabkan ianya berputar. Daun muda berkedut, berkereput, bengkak spt cangkuk, tebal & rapuh
Daun kecil, tirus & tegak. Klorotik di antara urat daun. Dahan2 kurus, beruas-ruas pendek dan mati sebelum matang |
Terjadi klorotik di bahagian antara urat daun, mulai dari hujung yang kemudiannya. Mula2 terjadi pada daun tua dan seterus merebak ke daun muda. Pokok terbantut, pemecahan anak seperti biasa. Daun muda menjadi pendek kecil dan berwarna hijau pucat
Terdapat tompok2 kuning yang berbeza ukuran dan taburannya. Tompok2 gam yang berwarna kemerahan di permukaan bawah daun
Daun muda/atas layu. Terdapat tanda nekrotik di tepian hujung daun pada keadaan teruk.
Berikut adalah bandingan kandungan nutrien pada beberapa jenis baja;
BAJA SINTETIK | BAJA UREA | BOKASHI |
---|---|---|
Nitrogen (N) | Nitrogen (N) | Nitrogen (N) |
Phosporus (P) | Phosporus (P) | |
Potassium (K) | Potassium (K) | |
Magnesium (Mg) | ||
Calcium (Ca) | ||
Boron (B) | ||
Iron (Fe) | ||
Manganese (Mn) | ||
Sodium (Na) | ||
Molybdenum |
Dari tiga jenis baja di atas cuma baja organik Bokashi mengandungi mikrob yang sangat-sangat penting dan berfaedah kepada tanaman. Berikut adalah nama mikrob yang terdapat dalam baja organik kami ;
Lactobacillus spp Bacteria 3.2 X 106 CFU/ml
Yeast Count 2.5 X 105 CFU/ml
Nitrogen Fixing Bacteria 1.0 X 106 CFU/ml
Berikut adalah foto mikrob yang dibesarkan dan kepentingannya kepada tanaman:
Apabila cacing membuat terowong, udara akan masuk dan bakteria rhizobium akan mengikat Nitrogen yang terdapat dalam udara tersebut. Manakala bakteria bacillus akan mengeluarkan Nitrogen dari system pernafasan mereka. Selain kandungan Nitrogen dalam baja organik, mikrob juga membantu menghasilkannya. Semakin banyak dan kekal mikrob tersebut di sekeliling tanaman anda semakin sihatlah tanaman tersebut.
Kehadiran cacing tanah meninggalkan kotoran serupa tanah dan kotoran ini banyak mengandungi nutrien dan 40 jenis protin yang diperlukan oleh tanaman dan mengandungi zat yang disukai oleh mikrob-mikrob. Asid Laktik Bakteria amat penting, bakteria ini pula mengeluarkan asid laktik yang sangat diperlukan sebagai antibody pokok dari serangan penyakit dan sebagai penggalak pertumbuhan dan hasil tanaman.
Mikrob ini juga akan lari meninggalkan sekitar tanaman anda sekiranya anda terus menggunakan baja sintetik yang berasid. Cubalah gali sekitar tanaman anda dan berapa banyak cacing yang anda jumpa? Mudahkan melihat cacing dan mikrob datang atau pergi.
Baja sintetik dan urea adalah produk petrokimia, apabila harga minyak naik produk-produk hilirannya akan turut terikut. Berapa kalikah setahun minyak ini turun harga? Hampir mustahil jawapannya, manakala baja organik pula dihasilkan dari bahan buangan ternakan dan tumbuhan kosnya murah sekali.
Berdasarkan beberapa faktor yang patut anda timbangkan seperti kesihatan dan keselamatan pengguna, faktor alam sekitar, mikrob, nutrien dan faktor ekonomi, anda buatlah keputusan yang bijak. Saya hanya dapat membantu menjelaskan kepada anda berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang juga terbatas.
Dari saya
SYED MD HARITH ARIFFIN
Dip. In Enterpreneur, ILO. Italy
Cert In QC, JPO, Tokyo.