Bokashi2u

TESTIMONI MUDBALL DI KOLAM KUALA KANGSAR PERAK

Mudball adalah bebola tanah seberat 50gm sebiji. Ia dibuat dari campuran tanah liat, dedak padi dan mikrob baik yang berfaedah. Antara kegunaan mudball yang popular ia berupaya menjernihkan air yang keruh dan mengurangkan bau air busuk. Faedah lain mudball mampu menghapuskan bakteria jahat yang terdapat di dalam air

Antara pengguna mudball adalah penternak ikan kolam, pengusaha restoran dan kantin-kantin, termasuklah orang perseorangan yang menghadapi masaalah kekotoran air. Mudball juga digunakan untuk membersihkan parit, taliair dan juga sungai, sebagai contoh mudball pernah digunakan untuk membersihkan Sungai Melaka

Antara pentrnak ikan yang menggunakan mudball kami ialah En Nizam dari Kuala Kangsar Perak yang menternak ikan tilapia merah di 2 buah kolamnya yang berukuran 20’ x 30’ sebuah dengan kedalaman air sekitar 1 meter.

Foto menunjukan kolam ikan kepunyaan En Nizam. Beliau berpuas hati dan gembira melihat perubahan air kolamnya yang telah bertukar menjadi jernih dalam tempoh 2 minggu setelah menggunakan mudball kami. Sebelum ini airnya keruh dan tidak kelihatan ikan-ikan ternakannya di dalam kolam beliau. Tahniah kepada En. Nizam kerana dapat menjernihkan kolam beliau menggunakan mudball.

MUDBALL PRODUK BARU

Mudball adalah Produk terbaru yang dapat digunakan dalam kolam untuk menjernihkan air and menolong pengoksigenan dalam air seperti tindakbalas aerobik. 
Mudball adalah bebola tanah seberat 50gm sebiji. Ia dibuat dari campuran tanah liat, dedak padi dan mikrob baik yang berfaedah. Antara kegunaan mudball yang popular ia berupaya menjernihkan air yang keruh dan mengurangkan bau air busuk. Faedah lain mudball mampu menghapuskan bakteria jahat yang terdapat di dalam air.